Tuesday, March 19, 2013

Perut Cantik

Ladies and gentlemen, ooh so fluent. Oh my Omputih. Okay macam biasa kita tak payah nak belok sakan sangat, jalan straight ja. Sekarang zaman teknologi maklumat, GPS ada, toksah kalut nak sesat. As well macam selalu opkos la nak bercerita itu dan ini. Hari ni nak story kat hampa pasai perut. 

Gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka hati. Eh macam tu ke. Ntah la. Okay, orang kata kan kalau perut buncit tu maksudnya orang tu senang hati, bahagia. That is why banyak orang yang dah kahwin especially guys banyak yang perut buncit. Kata orang tua2 bini pandai jaga. Awesome bebeyh. Thumbs up. So kalau yang perut tak buncit tu maksudnya bini tak pandai jaga lah? Hey marah plok kakak2 kiter yang dah kahwin tu. Tapi kan macam mana plak yang belum kahwin tu, yang perut buncit tu? Ha jawab2. Okay lah boleh terima lah, sebab ada RMT. Rancangan Makanan Tambahan. Eh apa pulok tu. Maksudnya GF tak habis makan, dia yang makan. Al maklumlah perempuan kalau makan dengan pakwe mesti nak control ayu. Dua suap pun dah kenyang. Tapi kalau aku nati, pakwe aku yang kurus, aku yang buncit. Hukhuk.

Sebab apa eh perut kita buncit? Aku selalu fikir perut buncit sebab ada angin, sebab minum ayaq banyak, sebab 7 hari tak berak, sebab 30 hari tak kentut. Yewww. Tapi sebab apa eh yang? Aku dk google2 dia kata sebab hormon sebab keturunan and bla bla bla. Membebebl aje memanjang google ni taw. Pang nati kot. Baru padan muka. Okay now kalau dah perut buncit, nak buat acane kan. Kena redha. Tapi setengah orang kata buncit tu seksi plus kalau botak pulak lagilah. So kalau dah rasa seksi tak payah buat apa2.

Then masa aku p gym dulu2, ada lah seorang abang ni..dia dok angkat berat, dia kata kalau nak bagi ramping and cantik perut tu, tak kira la lelaki ke perempuan ke kena rajin duduk ataih kerusi then pegang  batang mop. Lepas tu pusing ke kiri dan ke kanan. Kalau buat selalu, perut boleh jadi awesome. Yaww boleh caya ka? So apacer kalau try tgk. Mana taw dapat hasil. Seksi la lepas ni.

Tapi kan kalau dah usaha semua tu, sit up lah jog lah. Kalau dah tak kempis jugak nak buat macam mana kan. Anggap jala benda tu gifted. Kalau kita redha dan bersyukur dengan apa yang kita ada, mesti kita happy. Macam aku jugak! Walaupun aku rendah, pendek, shorty or apa aje org panggil, still aku rasa confident and happy. Sekurang-kurangnya nak buat baju, tak payah beli bermeter2. Tapi yang sayangnya bila aku beli seluar or baju kurang, mesti nak kena alter balik. Kalau setakat seinci blh accept, ni berinci2 kau. Sob sob. Nak pulak kalau kadang2 tu aku beli baju raya yang ada renda2 kat bawah, lagilah rugi. Nak kena potong tang tu jugak. Huhu. 

P/S: Be thankful. Allah jadikan kita macam tu, sebab Dia ada banyak lagi benda yang dia nak bagi kat kita. 

Saturday, March 16, 2013

1 Million Women Purple Walk

ASSALAM DAN SALAM SATU MALAYSIA


 Bangun pagi gosok gigi. It's not about nak cerita pasal gigi. Well sebelum kita cerita yang lebih lanjut. Kena lah senyum dulu kan. Ia nya satu sedekah. Bila senyum hati akan tenang, jiwa pun turut bahagia. Tak gitu? Ok la kita straight forward tak payah ada belok2, sebenarnya hari ni kita join 1 Million Women Purple Walk. Auu kerlas gitu ya. Pagi2 lagi dh semangat bangun nk pergi. Lately ni I memang suka pun aktiviti2 kesihatan ni. Dah berumur ni kena lah jaga badan kan. Dah tua nati tak ada dah masa nak buat semua ni. Kan? Baik setuju. :)

 Walaupun kecewa T-Shirt program habis, tapi tetap maintain cool. Tak boleh stress2 nati muka berkedut. (Errrk? Wala sekarang dah pandai dah jaga itu ini) Mak cakap dah besaq! So haruslah. 

 Orang sebelah tu pun nak jugak kan. Bagi ajelah. Sebab dialah I tak dapat baju taw. Lambat. Janji pukul 7 pukul 8 baru nampak muka. Sob sob. :(

 Muka2 semangat. Gigih. I am for you. 

 Ayooo sempat lagi nak bergambar kan. Kesian tuan punya fon nah.

 Yeaaahh ini sebagai bukti kitaorg pergi.

 Pakcik tu pun nak masuk jugak. Nak glamour jugak la tu. Hehe. 

 This is kumpulan Pancaragam. Diketuai oleh we alls...

 ........................

 Punyalah ramai perempuan2 kat bumi melaka ni. Baguih2 makcik ni. Semangat. Ada yang bawak anak kecik. Bangga sungguh ngan depa.

 Panas sangat ooo.

 Sebelah kanan tu join 1 person men purple walk. Kesian. But credit to him sebab jadi photographer. Haha. Katanya dia yang paling hot and macho kat situ.

 500 meter lagi to go.





So apa yang I nak cakap kat sini, kita patut join program2 macam ni. Banyak manfaatnya. Antaranya ialah:

1) Dapat fresh kan mata. Tengok2 orang luar. Tak adalah macam katak di bawah tempurung.
2) Dapat tengok Datuk Ali Rustam secara live. Bukan senang kot.
3) Dapat tengok makcik2 menari dan menyanyi 'I am For You'. Kerlas makcik2 ni. Vogue and mantap.
4) Dapat makan free. Tak kisahlah roti gardenier 7 kupang pun. Asaikan makan.
5) Dapat baju free tapi sayang, tak sempat. Sob sob. 
6) Dapat kumpul koleksi gambar2. Paling obvious setiap gambar yg diambil memang akan ada muka I.
7) Dapat buang lemak walaupun hanya 0.01 ja. Its okay la kan janji ada effort.

That all from me.. :) Hargailah wanita kerana tanpa wanita siapalah kita semua. :)

Friday, February 1, 2013

BE STRONG

'Wanita cantik akan melukis kekuatan melalui masalah, tersenyum saat tertekan, tertawa saat hati sedang menangis, tabah saat terhina, mempersona kerana memaafkan, mengasihi tanpa balasan dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi.'

semoga kita semua bertambah kuat dan tabah. 
Related Posts with Thumbnails