Daisypath Anniversary tickers
happy quote graphics

Tuesday, December 22, 2009

MEREPEK 43 : semua perisa dan perasa ada..

Aku hanya insan biasa.Yang mudah jatuh dan mengalah bila hati terluka.Terluka dengan kata seorang teman.Aku sedih bila kawan-kawan tiada di sisi kerana ke sana sini aku bahagia dengan kawan-kawan.Aku gembira bila tengok kawan sebelah aku ketawa gembira bersamaku.Ketawa dengan gurau sendaku even kadang2 aku tahu mereka pretend to laugh. Tapi apa yang penting aku gembira.Aku tabahkan hati bila kawan mengata mencaci aku..kerana itulah lumrah kehidupan yang perlu ditempuhi dalam dunia persahabatan.Aku rasa bangga bila aku dapat tolong kawan.At least aku tahu aku tak jahat sangat.Aku mudah terasa bila kawan tenung aku dengan pandangan menyindir.Aku suka kalau kawan jumpa aku dan senyum.At least aku tahu mereka sedar akan kewujudanku.Hati aku berkecai bila dapat tahu kawan mempergunakan aku.Aku rasa macam nak cincang dia.Aku rasa macam nak bergolek-golek menahan ketawa bila ada kawan puji aku.Apapun aku mahu menjadi kawan yang terbaik even aku tahu aku ni jahat.At least aku ada kesedaran untuk memperbaiki diri.Tapi tanpa aku sedar kadang2 di sebalik kegembiraan aku melayani kawan2..ada yang terasa dengan kata pedas yang dilemparkan.Tapi aku akan cuba untuk tidak melukakan hati itu lagi.

P/S: Actually aku tak tahu apa yang aku merepek.Adoiii..tapi apa yang aku tahu tetiba je aku rasa mcm nak menulis mengenai kawan.

Aku memang tak suka bila kawan aku mengetepikan aku kerana kasihnya kepada kekasih.Aku pelik kenapa orang berubah bila bercinta.Maybe aku tak tahu sebab aku tak bercinta.Tapi kalau aku bercinta aku akan cuba untuk elakkan diri dari menjauhi kawan2.Sebab aku pelik kenapa mesti berdua dan rakan ditinggalkan.Aku mungkin bukan expert dlm hal ni tapi seriusly aku takut benda yang sama akan berlaku bila aku kapel nanti.Tapi aku benci jugak kat kekasih yang mengutamakan sangat rakan.Bayangkan depan kekasih sendiri duduk dengan lelaki/perempuan lain.Tambah plak dia sorang je yang berlainan jantina dengan yang lain.Ini memang aku rasa macam nak putuskan urat perut dia.Buat lemak masak cili.

p/s: sorry kerana aku banyak mengarut hari ni.Kalau korang tak faham apa yang aku tulis..tak payah baca.Petikan ini hanya untuk orang yang betul2 kritikal ok..

No comments:

Related Posts with Thumbnails